Thursday 22 December 2011

sharing something in a good way

BOSAN BELAJAR ? JOM KEMBALIKAN SEMANGAT ! :) 




1. MENDENGAR MUZIK .
    
      Alunan muzik merupakan terapi yang baik kepada minda.Muzik kegemaran dapat membangkitkan semangat untuk belajar.Mendengar muzik sambil mengerjakan homework ataupun study dapat memberikan mood yang baik serta menengkan fikiran.Jangan sesekali kita mendengar muzik rock atau yang keras kerana ia akan menambahkan lagi serabut di kepala dan menghilangkan tumpuan kita untuk belajar . 




2. HIAS BILIK BELAJAR .


      Bilik yang cantik dan bersih akan menaikkkan semangat kamu untuk mengulang kaji pelajaran . Hiasilah ia dengan cantik dan letakkan barang-barang pemberian orang yang kamu sayang di atas meja supaya dapat memberikan kamu inspirasi untuk rajin belajar . 




3.PILIH TEMAN BELAJAR .


   Percaya atau tidak , mood belajar sering kali di pengaruhi teman-teman di sekeliling.Kamu harus bijak memilih kawan untuk membantu menaikkan semangat kamu dalam pelajaran , elak memilih kawan yang banyak bercakap kerana ia bukan sahaja menghilangkan tumpuan kamu ketika belajar tetapi khuatiri kmu akan menyertainya sekali.pilihlah kawan yang betul-2 mahu belajar dan boleh membantu kamu . 

No comments:

Post a Comment